Monday, February 07, 2011

Tuan Tanah rasa..

Hello uols. Bertemu lagi kita di sini. Gi mana cuti panjang ni uols? Mesti luangkan masa dengan yang tersayangs kan? Tuan tanah tade gi jejauh pun. Rabu karoks dengan kawan kawan. Murah uols. Neway takde charge CNY eve nye charge. Manyak syiokkk.





Pastu Khamis bawak mak gi Kolam Air Panas dekat Dusun Tua, Hulu Langat. Ekceli kezen nak bwk mak dia, mak tuan tanah pun dengan selamba mengrikues nak ikot. Panas uols. Ingat suam suam kuku je. Pastu lepas rendam kaki, tuan tanah rasa mual mual gitu. Haus jangan cakap la. Mungkin it effects perjalan darah dalam badan kot. Lepas lepak situ, kami gi makan satay Hj Sahmuri kat Kajang. Dah self service uols. Bukan kena bakar sendiri ye. Kena beratur order air/satay/makanan lain then bayar. Pastu waiter akan hantar. Agak payah disitu.




Jumaat plak tuan tanah pulang ke Jeram. Sambut besday Mak Lang Jepon. Apsal nama dia Jepon? Tak pasti lak. Nanti tuan tanah mak kenapa nama panggilan dia tu. Syiok juga makan makan, spending some times with families, memain dengan anak anak buah.


Sabtu? Tuan tanah keje uols. Ala keje separuh hari dengan berbekalkan Sausage Mc Muffin with Egg dibeli dari Emsidi. Keje tak serupa kerja. Janji kerja ye tak? Pastu terus ke MBO di Harbour Palace kat Port Klang tengok wayang citer Shaolin. RM10 inggit je uols tiketnye. Terasa macam harga dedulu. Lama btul tak dpt merasa harga tu. Btw, tuan tanah tengok wayang dengan Sarip. One of my bestest friend. Dia ni busy orangnya. Jadi bila dia kemaruk tgk wayang, layankan je. Pawagam dia sejuk gil, seats? MANTAPS! takat TGV dgn GSC tu kalah la. hahaha.



Berbalik pada Shaolin tu. I think everyone should go and watch the movie la. It was a good movie. Ketepikan pasal dalam tu sibuk mengagungkan Buddha sebab itu kepercayaan mereka. Tapi banyak teladan boleh kita ikut. Merembes jugak la air mata tuan tanah nengok citer ni. Yela uols, pasal harta kita ni boleh bunuh membunuh, sampai dah takde perikemanusiaan. Sampai tak boleh beza niat baik atau jahat. Filem ni pun tunjuk yang betapa kita perlu bersatu padu. Cina dengan cina dalam movie ni gaduh nak rebut harta, takhta. Last last Inggeris yang bedil semua. Korang hape dapat? Melopong?


I think that everyone INCLUDES pemimpin pemimpin kita kena tengok. Kekayaan itu perlu untuk sesebuah negara, tapi jangan sampai abaikan kebajikan rakyat. Tuan tanah tak dapat bayangkan kalau ni terjadi kat sini. Mintak simpang. Bergaduh sesama sendiri demi takhta, harta tak bawak untung. Sok lusa bila rakyat teraniaya sape nak nanggung dosa tu? Serious merembes air mata tuan tanah.


Alamak teremosi citer benda ni. Tapi betul lah, gi la tengok citer tu. Tak rugi pun. It was a good movie. Takat brother atas tuan tanah asyik jawab tepon dengan suara yang agak annoying, tuan tanah masih bleh konsentret tengok movie ni. SYABAS!


Ahad plak tuan tanah masak sesuatu yang baru di rumah. Bila tade sape dirumah, baru rasa aman nak buat. haha. Jadi tuan tanah buat apple pie dan macaroni & cheese. Presentation tak la cantik sangat. Jadi segan nak upload gambar. Tapi rasa nya macam boleh diperbaiki. Jadi jom la sesama kita masuk kelas memasak ke, kelas menjahit manik ke sebab tuan tanah betul betul berkobar nak cari hobi baru.